Saturday, 11 May 2013

this song for umi :')


assalammualaikum
dan
salam sejahtera :)
*hamboi!bercakap ala ala pembaca berita gitu kau!haha

selamat hari ibu! :D
*maaf ya,entry ni telambat sikit di publish,hazirahalim buzy sedikit akhir akhir ni...huhu

tapi...

ala :'(
hari ibu kali ni macam sedih sikit bagi aku
sebabnya aku tak penah lagi
 tak celebrate 
hari ibu dangan umi...

kali ni aku betul betul berada jauh dengan umi,
aku kat perlis,umi kat pahang!
oh apelah nasibku diperantauan...
*macam hari raya pulak  =.='
sob sob sob :'(
tak boleh dah nak menyanyi lagu ibu live live kat umi
alah,lagu iklan susu dutch lady tu!heee
*lagu ni lagu favourite dari kecik sampai sekarang....hoho

oleh yang demikian,aku pun bertekad untuk buat video ni!
*lepas mandi,buat video and terus nak telipon umi suruh tengok! :D

harap harap umi suka!yeay! v('_')v

dear umi:anak umi ni sayang umi lebih dari sayang diri dia tau :')
semoga umi panjang umur dalam keadaan sihat,murah rezeki,
berbahagia selalu,
ditempatkan disyurga,berjaya didunia dan diakhirat,dan cantik selalu!
love you until jannah umi :')

by the way!

*umi jugak selalu pesan bahawa syurga seorang anak itu dibawah telapak kaki ibunya,manakala syurga seorang isteri itu dibawah telapak kaki suaminya...
baiklah umi,anak umi akan ingat pesan umi ni sampai bila bila, dekrah janji! :D

selamat menonton!
*jangan mimpi ngeri sudah lepas tengok video suara katak ni :D

thanks for watching ya! 
sayang korang <3


video

Thursday, 9 May 2013

tips pelancongan tak pun honeymoon! :D


assalammualaikum dan hai :)

salam satu malaysia! uyooo semangatnye...aku ke ni??haha

kali ni hazirahalim ingin berkongsi sedikit ilmu yang bermanfaat kepada semua readers! cheewah..ayat poyo habis !@*&^%$

ingin melancong or honeymoon???

jom kita buat persiapan lebih awal ye kawan kawan :)
barulah impian nak melancong kita ni tercapai,
siap jadi mimpi indah gitu!haha 
tapi kalau tak prepare macam mane nak melancong kan?? =.='

1)menabung
oke,firstly kita kenalah menabung.menabung tu biarlah dari awal! target masa bila kita nak pergi...so senang kita nak tahu bape banyak duit yang kita perlu untuk setiap destinasi pelancongan yang kita impikan tu :) *p/s:haaa...kalau duit tak ade,sila jangan bermimpi nak pegi melancong bagai oke??...huhu
nah tips!caranya,dengan mengasingkan duit persiapan bercuti kedalam tabung khas.disiplinkan diri dan fokus pada perancangan kita. v('_')v

2)pakej promosi
pilihlah percutian yang ada pakej promosi.bolehlah bertanya kepada ejen pelancongan tempatan.yang paling penting!selidik dulu tempat tempat yang menarik,supaya percutian korang tu diisi dengan aktiviti and pemandangan yang indah indah semuanyer ^^ wahhh... bestnye kan?? nak nak dengan orang yang tersayang! hikhikhik... 
*berangan sebentar bersama hazirahalim!haha 
kalau korang tak tau lagi,negara eropah selalu buat promosi pelancongan tau! :D so,korang boleh jugak pilih negara eropah sebagai destinasi pelancongan korang.

3)perancangan percutian
sebelum pegi bercuti,haaa siapkan diri and minda korang dulu dengan perancangan yang rapi.tetapkan hala tuju negara,kota atau peranginan yang sesuai sepanjang tempoh bercuti tu.buat pendaftaran di tempat yang korang nak kunjungi.
tips! untuk jimatkan tenaga,masa ngun duit korang,carilah lokasi yang berhampiran dalam sehari.dengan perancangan ni,nanti boleh lah tau ape jenis pengangkutan serta bayaran tambang yang akan dikenakan :)

4)bajet semasa bercuti
sediakan anggaran pembelanjaan harian semasa bercuti termasuklah kos penginapan, makan,pengangkutan dan cenderamata yang korang nak beli nanti.biaselah kan,kalau melancong takkan la tak nak beli pape :D
*kesian sape yang jadi suami aku nanti,asyik nak kene teman aku shopping!lalalala
tips!kalau korang nak bercuti dekat luar negara,pastikan!korang tau kadar pertukaran wang negara yang korang nak pegi tu sesuai dengan anggaran perbelanjaan korang.nanti senanglah sikit nak shopping!heee....

5)tempahan awal
bagi yang tak tahu lagi, kalau kita tempah tiket flight or bas lebih awal,kita akan dapat save bajet skit.sebabnye,harga tiket akan lebih murah.tips! sebaiknya tempahlah lebih awal bagi mengelakkan sebarang masalah...kang lari pulak bajet korang :'(

6)peta
fuhhh! ni penting giler tau!sampai sampai je destinasi,pastikan korang beli peta tempat tu.Tips!ini akan memudahkan korang merancang jenis pengangkutan yang sesuai untuk pergi melawat ke tempat tempat menarik! :D

7)sarapan percuma
come on!rugi oke kalau korang tak pergi sarapan dekat hotel yang korang menginap tuh. kebanyakkan hotel akan sediakan sarapan percuma.makan sampai kenyang tau u olls! ni nak bagitau siket,kalau korang pegi bercuti kat eropah,makanan kat sane teramat sangatlah mahal.haaa,jadi manfaatkan makan yang disediakan oleh pihak hotel tu :D jimatlah sikit duit makan! yeay!

8)buah tangan
dapatkan maklumat tentang kawasan yang menjual buah tangan dengan harga murah :)
Tips! senaraikan nama ahli famili and kawan korang.senarai ni,akan tolong kita bershopping dengan bijak and adil.supaya,tak delah membazir,beli sampai telebih lebih...pastu tak tau nak bagi kat sape!last last simpan dalam almari sampai berhabuk habuk =.='
*akulah antara manusia didunia ini yang sering melakukan aktiviti pembaziran...oh tidak! tapi tu dulu oke!sekarang da serik -..-!

9)penggunaan wang tunai
sebaik baik nya kalau korang bercuti kat luar negara,guna cash jer senang! tak payah nak belagak diva sangat oke! siap nak pakai kad kredit. hei simpan jer dalam purse tu dulu...Tips!sebabnyer caj perkhidmatan and faedah yang mahal gila akan dikenakan!haaa...ingat ye kalau tak nak rugi! ^^

okelah,sampai kat sini jer yang hazirahalim mampu share :D harap info info ni dapat bagi korang ilmu yang bermanfaat tentang percutian!heee...tenkiu for reading u olls!

sumber:dara.com








Saturday, 4 May 2013

siape perempuan ni!ergh!


assalammualaikum :)

model tudung??euww!!sejak bila hazirahalim ni jadi model tudung bagai ni???come on! minah ni dala gemuk,pendek pulak tu kan???
tak layak langsung jadi model oke!!!

walaupun begitu,hahaha v(^_^)v
oke kawan kawan,inilah dinamakan rezeki dari ALLAH!
sumpah,aku sendiri pun tak aspek sume ni tau =.='

meh nak story pengalaman aku ni siket :)

27/04/2013
3.11 pagi
adalah sorang makhluk ALLAH yang telah menghantar massage ke inbox fb aku
come on!!!
pukul 3.11 pagi kot! tak de keje ke hape aku nak online sampai 3 pagi =.='

massage dari MR X berbunyi seperti ini:
  *salam..hazirah...free x ahad ni...
 cmni,mmber sy nk business tudung,
so die nk cari 
model
 utk tudung
dia business kecik2 je...
so,nk mntk tlg jd model leh x?
nanti adelah payment sikit...takde banyak sangatlah
tp ni just nk start business...ok x?
reply asap ek...

oleh hal yang demikian ye readers,
masagge tu pun dianak tirikan oleh aku...
aku tak online,macam mane nak bace kan??haha
so buat tak tau jelah....

28/04/2013
6.30 pagi
waaahh..awal nye aku bangun!
huhu...alhamdulillah,aku sentiasa ingat pesan umi tercinta aku tu :')

          *jangan lupa ALLAH,sembahyang lima waktu jangan tinggal!

walaupun anak umi ni jauh dimata umi,tak dapat da nak kejut subuh hari hari macam dekat rumah...
umi harap anak umi dah boleh berfikir sendiri...bahawa ALLAH sentiasa melihat kita...
so,kalau nak berjaya didunia dan akhirat,buatlah segala perintah ALLAH ,serta jauhilah segala larangannya wahai anak ku yang degil tapi comel :')

haha!alamak alamak...asal korang buat muka poyo ni
oke oke,fine!aku mengakulah...yang degil tapi comel tu aku tambah sendiri...
lalalala....heeeee

haa...biar aku sambung story eh..
aku ni kalau bab bab merapik rapik ni memang laju je....

28/04/2013
8.02 pagi
so aku bosan tahap gaban dah ni...
biasalah,ari sabtu...selalunye aku ada latihan kawad suksis...
tapi pagi tu,kawad kaki suksis aku tu cancled lah pulak...
seriously!aku tak tau dah nak buat ape pagitu...
so aku pon amek lah objek putih ASUS aku ni,
lalu on9 lah! nak buat ape lagi kan??
nak buat assignment memang tak lah...
cuti tu means cuti study jugak bagi aku oke!haha
*perangai aku buruk macam  !@#*^%$  =.='

bukak facebook :) 
eeh,ada massage lah
sape yang anta ek??

owh MR X...
apepasal pulak dye massage aku ni??
tak penah penah massage aku...
bace punya bace massage tu, aku pon dengan selambenye mereply
massage tersebut:
*wkmslm...pukul berape MR X?? sebab saya ada photoshoot jugak petang tu...kalau sempat saya boleh pegi :)

haaa,,untuk makluman korang... :)
sebelumni da ade crew photographer unimap dah janji nak buat photoshoot dengan aku
so,takkan lah aku nak abaikan kan pulak janji lame aku tu...
that's whylah aku hantar massage camtu kat mr x...

nak dipendek kan cerita,aku pun approved je sebab nye photoshoot tudung ni 
tak clash pun dengan jadual aku punya second photoshoot... 

yang photoshoot tudung ni dari pukul 8.30 - 3 petang
yang photoshoot dengan crew photographer unimap tu 3.30-6.30 petang
tapi letih sikit lah =.='
terkejar kejar!
nak pengsan aku dibuatnya tahu??huhu
alah tak pelah,benda macam ni bukan selalu pun kan :')

alhamdulillah...
semuanya berjalan lancar time photoshoot tu...
cuma time second photoshoot tu,aku macam da tak de energy sangat -_-!
mata merah sebab mengantuk...muka pun da berbintik bintik sebab kene mekap 
dari pagi sampai petang...
sebenarnya kulit muka aku ni teramat sangatlah sensitif terhadap bahan mekap! :'(
boleh jer nak pakai,tapi janganlah terlalu lama... :)

okelah,aku nak share sikit gambar time photoshoot tudung aku tu...
kalau nak tengok banyak lagi pegi kat link ni:
https://www.facebook.com/pages/Syamsyuhaida-Collection/322577494538701


















alamak,terlebihlah pulok =.='
oke babai,tenkiu for reading uolls!!
*melambai lambai gedik =.='

Friday, 3 May 2013

the most expensive present i had!


assalammualaikum :)

hai korang,how are u??
aku sekarang ni teramat lah sihat tahu??
as long as i'm home,im fine...heee
oke,
aku mengaku! entry kali ni memang poyo giler!
tapi aku peduli hape =.='
bak kate fatin liyana kan:
"Tetapi kadang-kadang tang terhegeh-hegeh ni la yang ampa suma suka dok baca. Kalau tidak masakan surat khabar METRO merupakan akhbar nombor 1 negara."
hah tukar yang terhegeh hegeh tu sendiri jadi poyo ye :D

sebenarnya aku cuma nak story pasal hadiah birthday aku jer =.='
ape yang spesel sangat cek kak hazirahalim oi!!
hah! yang speselnye,birthday kali ni ku dapat emas oke!
i repeat! E M A S!
* bercakap ala ala mami jarum!haha

semalam,aku sampai pahang dari perlis dalam 5 pagi...
haha...punyelah hepi kan balik umah :D
konon konon boleh mengundi...
padahal tak cukup umor lagi!
*tak nak lepaskan peluang bersama famili tercinta! cheeewah! :D

sampai sampai je rumah, mandi, sembahyang subuh
pastu borak borak ngun umi sampai pukul 9 :')
rindu sngat kat umi tau...tu yang banyak story =.='
sampai lah tertimbulnye story yang emas tengah turun harge!
umi pon dengan muke seriousnye berkata:
jom teman umi ngan kawan kawan umi keluar bandar pagi ni nak??umi nak pegi kedai emas lah
nak tengok emas kat kedai paksu :)...
*muka excited habis :3

haa...buat pengetahuan korang, paksu aku tu ade kedai emas...
dye tu sebenarye sedara umi,tapi entah macam mana pon boleh ktorang panggil paksu pulak...name manjelah konon konon :P

aku pun terpakselah bawak hero hero comel kat rumah tu...
sorang name iman, sorang lagi zharfan :')

disaat kami didalam kereta :D

tengok!
iman tengah kumpul energy ^_^
R I B E N A 


konon konon nak tunjuk dada dye yang seksi tu :P


iman,mana lidah??


 mana gigi cantik iman??



hidung tak mancung tersorong sorong nak duduk atas riba orang mana??
:P


mana mata iman pulak???
haaa...pandaikan iman :')
alhamdulillah...


ni lah kedai pak su :)


letih menunggu umi and the geng memilih emas pilihan hati!




banyaknye choice!!
oh rambang mata umi dibuatnya =.='


oke,time ni aku betul betul tak tahu yang umi sebenarnya nak belikan untuk aku gelang emas tu...
so aku yang poyo ni,buat bongok jelah...
amek gambar je tau =.=' 
*sila perhatikan muka umi tu!
umi tengah berlakon konon konon gelang emas tu untuk dia sendiri...
hal ini kerana ye kawan kawan,
 supaya aku tak tau yang gelang emas tu untuk aku...
sweetlah pulak umi aku ni :)


suddenly!!
umi said:
heiheihei,dah lah tu...
tak payah nak bergambar sangat...
nah,cantik tak ni??
kalau umi berikan untuk dekrah,
dekrah nak tak?? :)


pilih pilih! :D


oh my god!!!
of courselah nak!
giler ape nak tolak kan?
rezeki tak baik ditolak tau!
heee...
*beg tu paksu bagi hadiah :) cantikkan??
heeee


my beloved adek <3
sebenarya adek tengah demam ni :'(
tapi dye still senyum bila bergambar dengan aku :'(
get well soon putera ku...
*padahal nak tunjuk gelang baru


tada!! hikhikhik
balik dengan hati yang teramatlah sangat happy!
umi cakap,emas tu kan pelaburan...
tenkiu umi :')
I L O V E U S O M U C H


babai ^^ kami dalam kereta
da nak balik rumah

tengok tu,iman da tertido :)
main kuat!
kan da letih :P
*paktutlah tiba tiba aku rasa berat je tepi bahu aku :3



ololo...ciannye...meh tito atash ribe kak erah meh :)


hah!due dua dah tido!
sorang atas aku,
sorang lagi atas umi :D


okelah,babai :)
tenkiu for reading semua!