Thursday 9 May 2013

tips pelancongan tak pun honeymoon! :D


assalammualaikum dan hai :)

salam satu malaysia! uyooo semangatnye...aku ke ni??haha

kali ni hazirahalim ingin berkongsi sedikit ilmu yang bermanfaat kepada semua readers! cheewah..ayat poyo habis !@*&^%$

ingin melancong or honeymoon???

jom kita buat persiapan lebih awal ye kawan kawan :)
barulah impian nak melancong kita ni tercapai,
siap jadi mimpi indah gitu!haha 
tapi kalau tak prepare macam mane nak melancong kan?? =.='

1)menabung
oke,firstly kita kenalah menabung.menabung tu biarlah dari awal! target masa bila kita nak pergi...so senang kita nak tahu bape banyak duit yang kita perlu untuk setiap destinasi pelancongan yang kita impikan tu :) *p/s:haaa...kalau duit tak ade,sila jangan bermimpi nak pegi melancong bagai oke??...huhu
nah tips!caranya,dengan mengasingkan duit persiapan bercuti kedalam tabung khas.disiplinkan diri dan fokus pada perancangan kita. v('_')v

2)pakej promosi
pilihlah percutian yang ada pakej promosi.bolehlah bertanya kepada ejen pelancongan tempatan.yang paling penting!selidik dulu tempat tempat yang menarik,supaya percutian korang tu diisi dengan aktiviti and pemandangan yang indah indah semuanyer ^^ wahhh... bestnye kan?? nak nak dengan orang yang tersayang! hikhikhik... 
*berangan sebentar bersama hazirahalim!haha 
kalau korang tak tau lagi,negara eropah selalu buat promosi pelancongan tau! :D so,korang boleh jugak pilih negara eropah sebagai destinasi pelancongan korang.

3)perancangan percutian
sebelum pegi bercuti,haaa siapkan diri and minda korang dulu dengan perancangan yang rapi.tetapkan hala tuju negara,kota atau peranginan yang sesuai sepanjang tempoh bercuti tu.buat pendaftaran di tempat yang korang nak kunjungi.
tips! untuk jimatkan tenaga,masa ngun duit korang,carilah lokasi yang berhampiran dalam sehari.dengan perancangan ni,nanti boleh lah tau ape jenis pengangkutan serta bayaran tambang yang akan dikenakan :)

4)bajet semasa bercuti
sediakan anggaran pembelanjaan harian semasa bercuti termasuklah kos penginapan, makan,pengangkutan dan cenderamata yang korang nak beli nanti.biaselah kan,kalau melancong takkan la tak nak beli pape :D
*kesian sape yang jadi suami aku nanti,asyik nak kene teman aku shopping!lalalala
tips!kalau korang nak bercuti dekat luar negara,pastikan!korang tau kadar pertukaran wang negara yang korang nak pegi tu sesuai dengan anggaran perbelanjaan korang.nanti senanglah sikit nak shopping!heee....

5)tempahan awal
bagi yang tak tahu lagi, kalau kita tempah tiket flight or bas lebih awal,kita akan dapat save bajet skit.sebabnye,harga tiket akan lebih murah.tips! sebaiknya tempahlah lebih awal bagi mengelakkan sebarang masalah...kang lari pulak bajet korang :'(

6)peta
fuhhh! ni penting giler tau!sampai sampai je destinasi,pastikan korang beli peta tempat tu.Tips!ini akan memudahkan korang merancang jenis pengangkutan yang sesuai untuk pergi melawat ke tempat tempat menarik! :D

7)sarapan percuma
come on!rugi oke kalau korang tak pergi sarapan dekat hotel yang korang menginap tuh. kebanyakkan hotel akan sediakan sarapan percuma.makan sampai kenyang tau u olls! ni nak bagitau siket,kalau korang pegi bercuti kat eropah,makanan kat sane teramat sangatlah mahal.haaa,jadi manfaatkan makan yang disediakan oleh pihak hotel tu :D jimatlah sikit duit makan! yeay!

8)buah tangan
dapatkan maklumat tentang kawasan yang menjual buah tangan dengan harga murah :)
Tips! senaraikan nama ahli famili and kawan korang.senarai ni,akan tolong kita bershopping dengan bijak and adil.supaya,tak delah membazir,beli sampai telebih lebih...pastu tak tau nak bagi kat sape!last last simpan dalam almari sampai berhabuk habuk =.='
*akulah antara manusia didunia ini yang sering melakukan aktiviti pembaziran...oh tidak! tapi tu dulu oke!sekarang da serik -..-!

9)penggunaan wang tunai
sebaik baik nya kalau korang bercuti kat luar negara,guna cash jer senang! tak payah nak belagak diva sangat oke! siap nak pakai kad kredit. hei simpan jer dalam purse tu dulu...Tips!sebabnyer caj perkhidmatan and faedah yang mahal gila akan dikenakan!haaa...ingat ye kalau tak nak rugi! ^^

okelah,sampai kat sini jer yang hazirahalim mampu share :D harap info info ni dapat bagi korang ilmu yang bermanfaat tentang percutian!heee...tenkiu for reading u olls!

sumber:dara.com








No comments:

Post a Comment